Selain daripada kita mengamalkan makanan yang sihat. MultiVitamin juga dapat membantu kita untuk meningkatkan tahap kesuburan kita bagi proses untuk mendapatkan anak. Banyak kebaikan jika kita mengambil MultiVitamin. Disini saya akan mengfokuskan pada MultiVitamin "Folic Acid" atau nama seumpamaannya ialah Folate ataupun Vitamin B9. Mari kita berkongsi sedikit sebanyak tentang kebaikan "Folic Acid".
Untuk pengetahun semua, pengambilan Folic Acid adalah untuk membina sel-sel baru dalam tubuh anda semua. Ia juga dapat membantu anda semua dalam membina DNA yang baru dan memiliki DNA yang rosak dalam sel. Ia sangat diperlukan oleh bayi dalam rahim untuk membina banyak sel-sel baru.
Anda semua digalakkan untuk mengambil Folid Acid sekurang-kurangnya untuk 12 minggu pertama bagi perkembangan otak dan sistem bayi dalam rahim supaya berkembang dengan cepat dan sihat. Apabila kandungan berusia melebihi 13 minggu, pengambilan Folid Acid boleh dihentikan. Namun jika ingin meneruskan pengambilannya ia tidak akan memudaratkan kandungan.
Ada beberapa kajian yang menunjukkan supplemen Folid Acid akan mengurangkan masalah bayi yang dilahirkan dengan Kecacatan Saraf seperti Spina Bifida @ Neural Tube Defect.
Contoh Gambar dari Google Image:
Kecacatan Saraf seperti Spina Bifida @ Neural Tube Defect.
Selain daripada itu, MultiVitamin ini juga boleh mengurangkan kebarangkalian untuk mendapatkan anak yang mempunyai masalah Bibir dan Lelangit bercelah (Lip & Palate), Kecacatan Jantung (Congential Heart Disease) dan Risiko Lahir PraMatang.
Contoh Gambar Ihsan Google Image:
Masalah Bibir & Lelangit (Lip & Palate)
Contoh Gambar Ihsan Google Image:
Masalah Kecacatan Jantung (Congential Heart Disease)
Contoh Gambar Ihsan Google Image:
Masalah Risiko Lahir PraMatang
Akibat kekurangan Folic Acid ketika hamil boleh meningkatkan risiko kelahiran pramatang, perkembangan fizikal bayi dalam rahim yang terencat dan menyebabkan peningkatan kandungan homocysteine dalam darah yang akan menyebabkan keguguran secara tiba-tiba atau kehamilan yang mempunyai komplikasi seperti pendarahan disebabkan placenta abruption atau sawan ketika hamil.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.