.: Rukun Puasa :.
:: Berniat pada Malam Hari untuk mengerjakan Puasa pada Esok Harinya ::
:: Menahan Diri dari Makan, Minum, BerSetubuh &
Muntah serta Menjauhi segala Perkara yang memBatalkan Puasa ::
.: Syarat-syarat WAJIB Puasa :.
:: ISLAM ::
:: Mukallaf (akil baligh) Tidak Wajib ke atas orang tidak berAkal (Gila, Pengsan).
Begitu juga terhadap kanak-kanak yang BELUM Akil Baligh ::
:: Suci daripada HAID & NIFAS ::
:: Menetap (Bukan MUSAFIR) ::
:: Kuasa (orang yang Lemah @ Sakit, TIDAK WAJIB Puasa atasnya) ::
!!!!!!!! AWAS !!!!!!!
>>>>> PERINGATAN <<<<<
:: Hendaklah berSahur supaya kuat menghadapi Puasa pada Siang Hari ::
:: BerBUKAlah dengan Segera setelah Nyata Terbenam Matahari & hendaklah berBUKA sebelum S0lat Maghrib. DiSUnatkan berBuka dengan
Kurma (Tamar) Minuman
:: Berdoalah kepada Allah ketika berbuka dengan bacaan & d0a2 tertentu ::
:: Lebih Baik MANDI WAJIB (sekiranya berhadas besar) sebelum Terbit Fajar Siddiq supaya memasuki puasa itu dalam keadaan SUCI ::
:: Kawallah LIDAH daripada berdusta, bertengkar dan memperkatakan keaiban manusia ::
:: Tahanlah Diri daripada Perasaan MARAH & berSikap KURANG AJAR ::
:: Banyakkanlah BerSEDEKAH ::
.: Perkara-perkara Yang MemBATALkan PUASA :.
1. Berniat berBuka Puasa
2. Makan, Minum dan Bersetubuh pada Siang Hari dengan SENGAJA
3. Memasukkan Sesuatu ke Dalam Lubang Rongga seperti Hidung, Telinga dan Mulut walaupun tidak mengenyangkan
4. Muntah dengan Sengaja
5. Melihat bulan Syawal
6. Keluar HAID bagi kaum Wanita
7. Mengeluarkan MANI dengan sengaja pada Siang Hari. Jika dengan berMimpi Tidak Batal Puasanya
8. BerSALIN
9. HiLANG AKAL sebab GiLA @ MABUK pada Siang Hari pada bulan Puasa
10. MURTAD
.: Perkara-perkara Yang MAKRUH
diLakukan Semasa BerPUASA :.
1. Berkumur-kumur dan Menggosok Gigi setelah Gelincir Matahari
2. Memasukkan Air ke Dalam Hidung secara berLebih-Lebihan
3. Mengeluarkan Kata-kata yang Kotor dan Sia-sia
4. Memandang dan Mencium Bunga @ Bau-bauan
5. BerBEKAM jika BerBekam it MeLemahkan Badan
6. Merasa Makanan dengan Lidah
7. Mengunyah Benda Keras yang tidak boleh Hancur seperti Getah dan sebagainya
.: Perkara-perkara Yang DiBOLEHKAN Ketika Puasa :.
1. Menyelam dalam Air dan MemBasahkan Kepala Asalkan Air tidak Masuk ke dalam Perut
2. BerCELAK dan MeNiTiSkan UBAT ke dalam Mata
3. MenCiUM Isteri bagi orang yang Kuasa MeNahan NAFSU Syahwatnya. Begitu juga dibolehkan Memegang Tangan dan Memeluk Isteri dalam bulan Puasa asalkan dapat MenGawal Nafsu Syahwatnya.
4. SUNTIKAN (Injection) dibOlehkan di dalam Puasa. Tetapi bOleh juga orang yang disuntik itu tidak puasa sekiranya dia Sakit dan Wajib QADA' puasanya.
.: Sunat-Sunat PUASA :.
1. Menyegerakan BerBUKA. Berbukala dengan KURMA (Tamar) atau Sesuatu yang MANIS
2. MeLambatkan MAKAN SAHUR
3. MenJauhi Perkara-perkara KOTOR
4. Mengerjakan Solat Terawih pada tiap-tiap Malam bulan Ramadhan
5. BerDOA dan berZIKIR pada setiap Malam Sesudah Solat WITIR
6. TADARUS (Mengaji) Al-Quran sePanjang Bulan Ramadhan
7. IKTIKAF dalam Masjid pada 10 Akhir Ramadhan
8. Memperbanyakkan SEDEKAH
9. Ketika BerBuka Puasa Hendaklah Membaca Doa ini
"Ya Allah, untuk Engkaulah puasaku dan dengan Engkaulah aku beriman dan atas adanya rezeki Engkaulah aku berbuka disertai dengan rahmat Engkau wahai Tuhan yang Maha Pengasih"
10. Membaca QUNUT (seperti bacaan Qunut dalam Solat Subuh) pada rakaat yang terakhir Solat Witir Mulai Malam 15 Ramadhan hingga Akhir Bulan Ramadhan
.: Hari-Hari Yang DiLarang Berpuasa :.
1. Hari Raya Aidil Fitri (Hari Raya Puasa) pada 1 Syawal
2. Hari Raya Aidil Adha (Hari Raya Haji) pada 10 Zulhijjah
3. Pada 3 Hari Tasyriq iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah
4. Pada Hari Syak (Hari yang diragui antara 30 Sya'ban @ sudah masuk 1 Ramadhan)
Rujukan daripada Buku Asas-asas Fadhu Ain
Ustaz Sulaiman Endut
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.